19 Pesakit Covid-19 Sembuh, 11 Kes Jangkitan Baru Hari Ini – KKM

PAS Junjung Kasih Titah Tuanku, Tetap Mendokong Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Parti PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan...

Mesyuarat MT UMNO tegang tapi akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan...

Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes...

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini menuduh mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Najib Nafi Desak Ahli Parlimen BN Sokong Anwar

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menafikan dirinya mendesak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Presiden...

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 lagi kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,094 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula menunjukkan penurunan kepada 166 kes berbanding 174 pada hari sebelumnya.

Jelas Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu, lima kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, sementara enam lagi merupakan kes penularan tempatan.

“Lima kes import tersebut adalah dari negara: Australia (tiga kes di Selangor); Jepun (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan Singapura (satu kes di Johor).

“Daripada enam kes penularan di dalam negara, lima kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan di tempat kerja di negeri Selangor.

“Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor,” katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 19 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital, menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya adalah 8,803 kes atau 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada sebarang kematian direkodkan di negara ini berkaitan COVID-19.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah kekal sebanyak 125 kes atau 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Setakat ini, satu kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Perincian baki kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (lima kes) adalah: – Johor: satu kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom;

– Perak: tiga kes daripada Kluster Kurau seperti yang diperincikan di bawah;

– Melaka: satu kes saringan kemasukan ke wad di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan