Anthony Loke arah JPJ keluarkan saman jentera, ahli politik berkempen tak pakai topi keledar

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengambil serius isu yang tular berkaitan sekumpulan petugas kempen Pakatan Harapan (PH), termasuk dari DAP, yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa kempen PRN Johor.

Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pendirian beliau jelas dan konsisten sejak dahulu lagi.

“Ketika saya membangkitkan isu sama melibatkan pemimpin BN semasa kempen PRK Slim hampir 6 tahun lalu, saya sudah tegaskan: tidak salah menunggang motosikal semasa berkempen, tetapi setiap penunggang wajib memakai topi keledar dan menjadi contoh yang baik kepada rakyat.

“Prinsip ini terpakai kepada semua pihak tanpa pengecualian, termasuk calon dan petugas kempen PH. Undang-undang keselamatan jalan raya tidak mengenal parti politik.

“Saya sudah arahkan JPJ mengeluarkan saman kepada sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan ini berdasarkan bukti rakaman video yang tular, tanpa mengira latar belakang politik. Ini termasuk mereka yang terlibat dalam konvoi kempen PH di Johor,” tegas Loke.

Undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia, kata beliau.

“Saya tidak akan berkompromi dengan prinsip ini walaupun ia melibatkan rakan sekempen sendiri.

“Keselamatan nyawa rakyat mendahului kepentingan politik mana-mana pihak,” tegasnya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat