Zahid bohong konon Umno kuat, susah dah nak jumpa penawar kalau terus menipu – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa berbohong dan menyeleweng fakta kononnya Umno masih kuat dengan dibuktikan 21,000 cawangan Umno di seluruh negara tiada yang dibubarkan meskipun parti itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, kenyataan Zahid yang dibuat di Pasir Putih, Kelantan secara jelas menyatakan 21,000 cawangan Umno semuanya telah berjanji mengadakan mesyuarat dengan kehadiran yang bertambah bahkan tidak ada satu cawangan pun terbubar adalah satu kenyataan yang bukan saja membohongi ahli tapi sebenarnya satu tindakan yang akan melemahkan Umno.

“Umno mempunyai 21,000 cawangan yang berdaftar, betul. Seawal tahun 2020, sewaktu saya masih lagi menjadi Setiauasaha Agung Umno, 21,000 cawangan Umno ini tidak pernah dapat mengadakan mesyuarat secara penuh dan sempurna kerana banyak cawangan yang ada atas kertas.

“Hanya 16,000 sahaja yang lengkap sudah ada 5,6 ribu cawangan yang tidak adakan mesyuarat.

“Akar umbi Umno tahu, ada yang buat mesyuarat dengan mengisi borang, tak buat mesyuarat sebenar, tak pedulikan korum apa lagi kalau musim tiada pemilihan, tak ada siapa nak complaint.

“Kalau musim ada pemilihan ada pihak yang mungkin akan complaint mesyuarat-mesyuarat yang tak sempurna pada musim pemilihan daftar yang diperolehi di ibu pejabat lebih tepat. Tapi kalau musim tak ada pemilihan banyak sekali mesyuarat yang tidak disempurnakan mengikut peraturan,” jelas beliau dalam wawancara bersama Suara.TV pada Selasa.

Annuar menambah, menurut ramalan beliau, melihat kepada angka waktu Umno aman, damai, tenteram dan menang bahkan dengan ramai orang jadi wakil rakyat 5,000-6000 cawangan daripada 21,000 tidak mengadakan mesyuarat.

“Sekarang ini saya pergi ke mana-mana bahagian seluruh negara, mereka memaklumkan mereka sengaja tak adakan mesyuarat.

“Maka dengan menyataka semua 21,000 cawangan mesyuarat adalah satu penyelewengan fakta dan menyembunyikan kelemahan diri sendiri.

“Pada anggaran saya tak kurang daripada 10,000 cawangan Umno tidak mengadakan mesyuarat secara sempurna,” dakwa bekas Menteri Kabinet itu.

Annuar membidas ‘pembohongan’ yang direka cipta Zahid hanya untuk melunakkan khalayak sedangkan ia jauh terpesong daripada hakikat yang ditelan Umno.

“Jadi apabila Presiden Umno sendiri bercakap tentang fakta semata-mata nak menyedapkan audien yang ada di hadapan.

“Maka makin lama, kamu reka pembohongan dan akhirnya kamu percaya dengan pembohongan yang kamu reka sendiri dan akhirnya kamu hidup dalam suasana berbohong sepanjang masa dan itu akan menjadikan Umno tidak jumpa ubat dan penawar, untuk bangkit sebagai sebuah parti yang besar macam dulu,” ujar beliau.

Pada 6 Julai lalu, Zahid berkata, Umno yakin mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihanraya Kecil (PRK) Ogos ini.

Kata Zahid, ini dibuktikan dengan 21,000 cawangan Umno di seluruh negara tiada yang dibubarkan meskipun parti itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Malah, katanya, kehadiran ahli Umno dalam mesyuarat perwakilan semakin bertambah dan sentiasa ‘cukup korum’.

“Kita juga buat lantikan semula Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), jaga anak buah masing-masing, jika ada rezeki, kita naikkan elaun.

“Abe akan jaga anak buah, kalau kita main peranan pergiat akar umbi, bahagian, negeri, Umno akan kembali gagah di persada tanah air,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat