Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong sentimen yang bertambah baik apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengurangkan kadar faedah pada September, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6985/7010 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7105 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata di pasaran tempatan, Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mahu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang stabil semasa pertimbangan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari esok.

“Sekiranya Fed benar-benar mengurangkan kadar, maka perbezaan kadar faedah di antara Kadar Dana Persekutuan dengan OPR akan mengecil, dan ini sepatutnya positif untuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga berkata, semua pelabur akan menumpukan Indeks Harga Pengguna AS pada Khamis dengan inflasi keseluruhan diunjurkan menjadi sederhana kepada 3.1 peratus pada Jun daripada 3.4 peratus sebelum itu manakala inflasi teras kekal pada 3.4 peratus berdasarkan unjuran konsensus.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9075/9092 daripada 2.9219/9252 ketika ditutup pada Selasa, dan naik berbanding pound British kepada 6.0174/0206 daripada 6.0273/0337.

Ringgit lebih kukuh berbanding euro kepada 5.0828/0855 daripada 5.0923/0977.

Mata wang domestik juga didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4817/4838 daripada 3.4848/4887 semalam, dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.9062/9184 daripada 12.9268/9456.

Unit domestik tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 289.2/289.6 daripada 289.4/290.0 namun tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.05/8.06. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat