Umno sedang ditinggalkan ahli sendiri, ikrar tak sokong selagi dipimpin Zahid – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno didakwa tidak lagi mendapat sokongan ahli-ahli parti sendiri apatah lagi rakyat, dakwa Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Setiausaha Agung Umno itu mendedahkan, beliau dimaklumkan sendiri secara terbuka oleh pimpinan akar umbi bahawa mereka tidak akan menyokong Umno selagi parti Melayu itu dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang ini, nak kongsi pengalaman saya di pilihan raya Kemaman dan Sungai Bakap.

“Bila saya duduk berhari-hari orang Umno datang jumpa saya, ada yang ajak pergi ke rumah… mereka bukan orang kecil, AJK Bahagian, ada wakil rakyat, orang-orang yang penting di peringkat akar umbi dan mereka menceritakan isi hati mereka
sebagai pimpinan Umno.

“Mereka luah keresahan mereka bahawa orang di bawah tak boleh terima apa yang dibuat oleh orang atas. Sehinggakan saya berterus-terang, waktu saya di Sungai Bakap, saya dibantu oleh orang Umno dan mereka bukan buat secara bersembunyi, dia bagi rumah dia untuk buat majlis, dia ketua cawangan, ada seorang lagi tu dia ketua cawangan dan dia bekas pembantu bekas ketua bahagian Nibong Tebal, saya pergi rumah dia secara terbuka.

“Ramai lagi yang macam itu dan mereka memberi ikrar pada saya mereka tidak akan sokong Umno selagi Zahid pimpin dan berterus terang untuk pilihan raya ini mereka akan beri sokongan kepada PN dan saya tidak perlu bersembunyi.

“Jentera saya di Sungai Bakap dan di Kemaman ramai terdiri daripada orang Umno yang sukarela datang,” kata Annuar dalam wawancara bersama Suara.TV pada Selasa.

Jelas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu, jadi inilah satu marabahayanya, sebenarnya Umno sedang ditinggalkan oleh ahli.

“Maksudnya, untuk menyokong dah tak ada dan kenapa kita nak nafi sedangkan kita boleh tengok secara angkanya?

“Umno sememangnya sudah ditinggalkan oleh ahlinya, rakyat biasa sudah lama tinggalkan Umno,” katanya.

Menurut bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, hal ini terjadi apabila rakyat menyaksikan Umno membuat perkara yang bertentangan dengan naluri orang Melayu ketika memilih bekerjasama dengan DAP.

“Nampak Umno suka bergaduh dengan sesama parti Melayu tapi lunak pula menormalisasikan DAP, jangan anggap rakyat tak faham politik, rakyat lebih faham politik daripada kita.

“Bila dia tengok begitu, untuk apa lagi nak sokong Umno? Tindakan kerajaan yang menggores hati orang Melayu, isu BlackRock, isu matrikulasi, isu Bumiputera di UiTM dan Umno berada di dalam kerajaan jadi orang Melayu tengok Umno sudah hopeless.

“Umno tidak lagi membela Melayu, Umno dilihat untuk jaga tempolok orang di atas maka maruah Umno sebagai parti perjuangan jatuh teruk dan Umno akan terus ditolak oleh rakyat,” tegas beliau.

Sebagai bekas veteran Umni yang juga bekas ahli Parlimen Ketereh, Annuar menzahirkan rasa simpati kepada Umno kerana terjebak dalam satu keadaan di mana pucuk pimpinan telah merosakkan Umno dengan melakukan perkara-perkara yang tidak jujur kepada parti.

“Sebenarnya Umno masih lagi cuba in-denial dan tidak mahu menerima realiti.

“Ini yang saya kata bila pucuk pimpinan ada kepentingan lain di belakang, dia tidak lihat kepada sudut kepentingan parti
kalau tengok dari sudut kepentingan parti, kita kena letak ketepi kepentingan peribadi, duduk bincang ramai-ramai jangan buat keputusan seorang.

“Ini kita setiap kali buat mesyuarat MKT, ada orang ambil nombor dulu berapa orang ahli MKT ini benda yang Presiden nak buat, berpakat dulu sebelum masuk MKT pastikan dalam MKT boleh bulldoze.

“Nak buat Perhimpunan Agung Umno (PAU) macam tu juga, susun dulu siapa jurucakap, apa usul, macam mana cara nak buat, bawa lagi kumpulan sokong, kumpulan sorak reka cerita buat PAU…untuk apa? nak memanipulasikan PAU.

“Jadi bila kita banyak sangat buat benda begitu kita sebagai satu parti politik, kita cuba nak mengenepikan fakta yang ada di keliling kita dan itu sangat berbahaya,” kata Annuar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat