ROS Batal FDAM Berkuatkuasa 7 Jun Lalu – Zulkiflie

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Zulkeflie M Osman mengesahkan FDAM dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa pada 7 Jun lalu.

Bagaimanapun, Zulkeflie menerusi kenyataan rasmi memaklumkan FDAM kini dalam proses rayuan akibat pembatalan berkenaan.

“FDAM dalam proses rayuan akibat perintah pembatalan oleh ROS. Pembatalan ROS ini disebabkan alasan dikemukakan FDAM atas aduan perlanggaran sebahagian akta perlembagaan yang terdahulu dianggap tidak kukuh bagi ROS.

“ROS berpendapat rayuan dan tindakan diambil tidak menunjukkan sebab-sebab yang mencukupi.

“FDAM sudah dibatalkan oleh ROS berkuat kuasa 7 Jun lalu dan diberikan masa selama sebulan untuk menyerahkan dokumen penuh rayuan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya.

Tambah Zulkeflie,FDAM menerima maklum balas bahawa pihak KDN sedang meneliti rayuan dan menyemak jika ada sebarang perlanggaran akta pertubuhan yang diluluskan oleh ahli pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung pada 11 Februari lalu.

“EGM pernah dibuat pada 18 Januari 2020 di Hotel Regency dan sudah mendapat kelulusan daripada ahli. Malangnya, akibat aduan yang dibuat oleh ahli membuatkan proses pengesahan ROS mengambil masa sehingga pandemik COVID-19 melambatkan proses pengesahan.

“Sepanjang proses rayuan sedang berjalan kini, sebarang urusan rasmi termasuk bayaran yuran ditangguhkan sehingga mendapat maklum balas dan kebenaran KDN,” katanya.

Berikutan itu, Zulkeflie berharap, ahli FDAM tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Di harap agar ahli bertenang dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi. Semoga ahli FDAM dapat bersatu hati dalam menangani isu ini,” katanya. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat