Malaysia – India Bincang Kerjasama Pertahanan Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia dan India menilai kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara selain berbincang bentuk kerjasama baharu yang boleh diteroka bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan India, TYT Shri Rajnath Singh di Putrajaya hari ini.

“Saya turut diapit Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.
Dalam pertemuan ini kami dapat menilai kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India selain berbincang bentuk kerjasama baharu yang boleh diteroka bersama.

“Kami turut berkesempatan bertukar pandangan terkait isu-isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Saya turut dimaklumkan mengenai pertukaran surat (EOL) bagi meminda memorandum persefahaman (MOU) kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India yang disempurnakan oleh kedua-dua Menteri terlibat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad pula berkata, beliau dan rakan sejawatnya itu menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Pertukaran Antara Kerajaan Malaysia – India untuk pindaan kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama Pertahanan yang telah ditandatangani pada tahun 1993.

“Ini adalah perjumpaan yang amat bermakna antara Malaysia dan India demi memperkukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat