KKM Iktiraf Pengamal Media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai dan mengiktiraf media sebagai “frontliners” yang bersama-sama berganding bahu memerangi Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan (I) YB Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

“Saya dan KKM berpendapat media juga adalah barisan hadapan, mereka (media) juga tempuh risiko, mereka juga lalui keperitan dan kesusahan. Justeru, saya dan KKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas usaha komitmen, kesungguhan, kesabaran ketabahan media”.

“Peranan Media sangat penting dalam membetulkan persepsi masyarakat, dasar dan polisi kerajaan perlu disampaikan kepada rakyat dengan tepat dan cepat. Datuk Dr Noor Azmi berucap pada Majlis Malam Ramah Mesra Media di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 120 pengamal media daripada pelbagai agensi berita”.

Nama baik negara, Kementerian Kesihatan dan agensi yang terlibat terletak dibahu rakan media, dan dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang berjaya membendung dan memulihkan pesakit Covid-19 dengan baik berdasarkan data kes kematian dan kes pulih yang direkodkan. Disamping tahap disiplin rakyat Malaysia Ketika tempoh PKP, PKPB dan PKPP dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat