Pas, Malaysia bahkan dunia masih perlukan Hadi selesaikan konflik – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dunia masih memerlukan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membantu menyelesaikan konflik kemanusiaan dan politik serta menjadi jambatan antara mazhab-mazhab Islam yang berbeza.

Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali gus menolak laporan media baru-baru ini yang mendakwa Hadi mungkin berundur daripada jawatan Presiden Pas, dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

“Tidak ada perkara seperti itu. Presiden tidak pernah menyatakan hasrat untuk berundur tidak sekali pun,” katanya di Alor Setar pada Selasa.

Menurut Menteri Besar Kedah itu lagi, Hadi masih aktif dalam menangani krisis kemanusiaan, menjadi orang tengah dalam konflik politik, dan merapatkan perpaduan antara mazhab-mazhab yang berbeza.

Ujarnya, Hadi memainkan peranan penting di pentas global.

“Dunia masih perlukan Tok Guru (Hadi). Pas masih perlukan beliau. Malaysia juga masih perlukan beliau,” tegas Sanusi.

Sanusi turut mendakwa bahawa walaupun Hadi mempunyai isu kesihatan tertentu, beliau masih menjadi figura yang digeruni dalam dunia politik.

“Dalam keadaan beliau sekarang pun, masih ada pihak yang takut kepadanya sebab itulah cerita kononnya beliau mahu berundur daripada jawatan Presiden Pas sengaja direka,” memetik laporan BH.

Pada Sabtu lalu, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai “tidak berasas dan bersifat spekulatif.”

Beliau menyatakan ia adalah salah tafsir terhadap perbincangan dalaman parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat