Mahkamah benarkan Anwar tangguh bicara kes saman Yusoff Rawther

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan perbicaraan kes saman yang dikemukakan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Kes saman berhubung satu insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri itu ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 16 Jun ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Supang Lian memerintahkan semua prosiding termasuk perbicaraan saman di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara, sehingga perbicaraan penuh penangguhan didengar dan diputuskan pada 21 Julai ini di mahkamah sama.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, lapor BH di Putrajaya pada Selasa.

Supang dalam keputusannya berkata, selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah berpendapat ia mempunyai kuasa mengikut Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mengeluarkan perintah sementara (interim) bagi memelihara integriti permohonan penangguhan Anwar, sehingga ia diputuskan.

“Sehubungan itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim (relif sementara mengekalkan status quo) untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi , sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu,” katanya.

Pada 6 Jun lalu, peguam Datuk Seri Rajasegaran Krishnan memberitahu media, perbicaraan penuh permohonan penangguhan itu adalah pada 21 Julai ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat