Tawaran Early Bird Special HONOR 200 Pro Bermula, Prapesanan Hanya RM20 Sahaja

- Advertisement -

Tandakan tarikh sekarang! Siri HONOR 200 bakal dilancarkan pada 19 Jun

Siri HONOR 200 telefon pintar Flagship Estetik AI yang dinanti-nantikan akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun 2024. Buat julung kali, varian Pro daripada siri HONOR 200 ini akan tersedia di pasaran Malaysia.

Dengan menggabungkan rekaan yang mengagumkan serta keupayaan AI yang tiada seumpamanya sebelum ini, siri HONOR 200 sedia untuk membawakan pengalaman mudah alih pengguna ke tahap yang lebih tinggi. Menjelang pelancaran rasmi, HONOR menawarkan program prapesanan istimewa Early Bird Special untuk HONOR 200 Pro.

Tawaran istimewa Early Bird Special HONOR 200 Pro 

Peminat di Malaysia kini boleh membuat prapesanan HONOR 200 Pro dan jadilah antara yang pertama untuk memiliki peranti ini menerusi tawaran Istimewa Early Bird Special! Tawaran ini eksklusif untuk versi Pro sahaja dan bermula 10 Jun hingga 18 Jun 2024.

Untuk menempah HONOR 200 Pro, hanya perlu bayar deposit sebanyak RM20. Selain itu, dapatkan hadiah-hadiah percuma menarik bernilai RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh, termasuk:

  • Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)
  • Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge 
  • HONOR Earbuds X6
  • Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran istimewa Early Bird Special HONOR 200 Pro, sila layari laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/shop/new-launch/ 

Telefon Pintar Flagship Estetik AI dengan Ciri-ciri Berkuasa

Direka untuk memberikan fotografi potret mudah alih bertaraf studio, Siri HONOR 200 ini menampilkan HONOR AI Portrait Engine berinovatif yang direka hasil kolaborasi bersama Studio Harcourt yang berpangkalan di Paris. Studio Harcourt amat dikenali dengan kepakaran mereka dalam teknik cahaya dan bayang yang hebat untuk penggambaran potret.

Di samping HONOR AI Portrait Engine, siri HONOR 200 ini juga menampilkan kamera 50MP yang dilengkapi dengan sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci; sensor yang sama digunakan dalam rangkaian flagship HONOR Magic6 Pro. Bagi memastikan imej yang lebih jelas dan seimbang, sensor Kamera Utama H9000 disertakan dengan Dual Optical Image Stabilisation (OIS) dan sistem anti-goyang Electronic Image Stabilisation (EIS). HONOR 200 Pro juga mempunyai Kamera Telefoto 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX 856 tersuai, menjadikannya telefon pintar pertama di Malaysia yang memiliki sensor berkuasa ini.

Untuk ketahanan penggunaan sepanjang hari, HONOR 200 Pro juga didatangkan dengan Bateri Karbon Silikon 5,200mAh yang besar, disertakan dengan pengecasan pantas berwayar 100W HONOR SuperCharge dan pengecasan wayarles 66W HONOR SuperCharge. HONOR 200 Pro dikuasakan oleh prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 terkini serta disepadukan dengan cipset HONOR C1+RF yang baharu bagi kesambungan optimum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat