Pinkfish Music & Arts Festival 2024 Berlangsung meriah

- Advertisement -

Penulis: Reen

Selepas berbulan menanti persembahan pentas Pinkfish Music & Arts Festival 2024 akhirnya edisi keduanya berjaya melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dengan kehadiran lebih 15,000 peminat muzik.

Acara yang dinantikan oleh semua peminat muzik telah berlangsung pada 8 Jun 2024 lalu di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Antara barisan utama persembahan muzik ini terdiri daripada legenda trance, Armin Van Buuren; yang sudah memang tidak asing lagi dengan kehebatan persembahannya.

Bergabung dengannya di pentas utama adalah antara yang terkemuka di persada antarabangsa termasuk rapper Korea, Sik-K, yang kembali selepas tiket konsertnya habis dijual pada tahun 2019, berjaya memukau dengan persembahannya

Menambah kegembiraan, duo elektronik berkuasa, AVAO, memberikan persembahan yang cukup bertenaga membangkitkan semangat semua penonton yang hadir. 

Lebih membanggakan apabila artis Malaysia sendiri menampilkan persembahan yang sangat memberangsangkan.

Sudah pastinya persembahan Dolla dan Ismail Izzani, yang dianggap mencapai level antarabangsa membuatkan rakyat Malaysia bangga dengan persembahan mereka.

Ia merupakan persembahan pertama terbesar buat Dolla di Malaysia sejak kepulangannya dari China baru-baru ini.

Malah bagi Ismail Izzani ia juga merupakan satu platform terbaik untuk dirinya menampilkan persembahan bertenaga di pentas antarabangsa 

Pinkfish Music & Arts Festival tahun ini juga menyediakan tiga pentas yang berbeza, masing-masing menonjolkan genre yang berbeza dengan memberikan pengalaman penuh spektrum muzikal kepada semua yang hadir.

Selain dari pentas utama yang dikenali sebagai “The Jungle” dan “Beach Hut,” pengasas Pinkfish, Rohit Rampal dan Kesavan Purusotman (KC) berpuas hati kerana mampu memberikan satu kelainan dalam edisi kedua ini dan sudah pasti bagi mereka Pinkfish Music & Arts Festival 2024 berjaya mencipta rekodnya yang tersendiri dengan memberikan satu pengalaman yang tidak akan mampu dilupakan oleh rakyat Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat