Umno Perlu Perintah Semula Bukan Sekadar Jadi Pelengkap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Umno tidak boleh hanya sekadar menjadi pelengkap kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya digesa perlu mempunyai matlamat untuk kembali menerajui puncak kuasa pemerintahan.

Perwakilan Johor, Noor Azleen Ambros berkata, Umno perlu ada pelan strategik untuk kembali sebagai sebuah part Dri induk menerajui kerajaan dan menjadi permain utama.

“Tidak ada sebab untuk orang Melayu memilih untuk dinaungi oleh Umno, sekiranya peranan dan kedudukan Umno hanyalah sebagai sebuah parti pelengkap di dalam kerajaan.

“Justeru, Umno Johor menggesa bahawa di sebalik apa jua penjajaran dan dinamika politik baharu Umno di dalam Kerajaan Perpaduan, ia mestilah disusuli dengan percaturan dan strategi jangka panjang yang ampuh untuk mengembalikan Umno di puncak kekuasaan,”katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Johor ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di WTCKL pada Sabtu.

Tambah Nor Azleeb lagi, apa jua bentuk peranan yang dimainkan Umno dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini hanyalah suatu pendekatan taktikal jangka masa pendek demi kelangsungan parti dan kepentingan politik Melayu.

“Ia bukan hala tuju yang kekal. Ia tidak sekali-kali menandakan kepasrahan Umnonuntuk sekadar menjadi pelengkap, atau pemain tambahan mahupun second fiddle dalam arena politik negara.

“Umno Johor bertegas bahawa menjadi parti pilihan kedua, parti serpihan, parti kecil nan kerdil – adalah bertentangan dengan nilai, falsafah, sejarah dan fitrah kejadian Umno,” tegas beliau.

Kredit foto: FB

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat