Pemuda Umno cuma mahu redakan suhu politik menjelang PRN sebab itu tuntut DAP mohon maaf – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menegaskan permohonan maaf yang dituntut daripada DAP hanya bertujuan meredakan suhu politik di akar umbi terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh menjelaskan beliau hanya menyatakan keresahan yang disuarakan oleh akar umbi bukannya berhasrat mencetuskan keretakan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita dah nak PRN, jadi permohonan maaf daripada DAP inilah dituntut daripada akar umbi Umno, jadi kami sebagai pimpinan suarakan di pentas Perhimpunan Agung Umno (PAU).

“Pemuda Umno cuma nak redakan suhu akar umbi di bawah memandangkan PRN tidak lama lagi. Kita terjemahkan apa yang akar umbi mahu.

“Kita sekadar nak suarakan isu sebenar yang timbul agar akar umbi maklum kita bawa suara mereka di pentas tertinggi parti,” katanya ketika sidang media di WTCKL pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Akmal mengakui Pemuda Umno juga sudah ‘move on’ tapi itu tidak bermaksud desakan itu akan ditarik balik.

Perkembangan lain, beliau juga menegaskan tiada sebarang pergeseran antara beliau dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti didakwa.

“Tak ada pergeseran antara saya dan Presiden, kami (Pemuda) cuma bawa suara akar umbi.

“Kami tak boikot institusi Presiden,” jelas beliau.

Dr Akmal juga menyatakan tiada keretakan hubungan antara Pemuda Umno dan komponen Pemuda dalam Pakatan Harapan (PH) susulan tuntutan permohonan maaf ini.

Ditanya adakah Umno akan memohon maaf kepada DAP sekiranya diminta oleh parti itu, beliau bagaimanapun mahu mengetahui terlebih dahulu asas permohonan maaf.

“Minta maaf balik? Saya nak tanya dulu kenapa kita kena minta maaf,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat