KJ, Tajuddin masih sayang Umno, marilah bantu hidupkan parti – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengalu-alukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membantu menghidupkan semula Umno.

Ini kerana beliau yakin Khairy dan Tajuddin masih sayangkan Umno meskipun berada ‘di luar’.

Jelas Dr Akmal, Umno kini berada di titik terendah dan dengan bantuan dua tokoh yang banyak berjasa kepada parti itu dapat memberikan talian hayat kepada Umno.

“Saya nak ucapkan terima kasih atas pujian. Saya percaya atas pujian itu bermakna Datuk Seri Tajuddin masih sayangkan Umno, KJ pun saya dengar video dia kata masih sayangkan Umno.

“Maksudnya KJ, Tajuddin masih ada harapan dalam Umno. Sebab itu dalam ucapan dasar saya, saya beritahu Umno berada dalam ‘lowest point’…jadi ini masanya semua orang yang sayangkan Umno duduk semeja, bersatu padu.

“…yang diluar, yang masih sayangkan Umno duduk dan bantu Umno. Umno kali ini memerlukan bantuan dan juga buah fikiran dari semua pihak,” ujar beliau pada sidang media di WTCKL pada Sabtu.

Pemuda Umno membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka membantu dan memperkuatkan Umno, kata Dr Akmal.

“Pemilihan sudah berakhir, maka sekarang fokus kepada memperkuatkan Umno. Jadi sesiapa yang betul sayangkan Umno kat luar, kita Pemuda alukan mereka datang dan membantu Pemuda dan Umno kerana yang penting kita mesti nak lihat Umno kembali dipercayai rakyat.

“Bantu ada banyak cara. Ada orang tak nak masuk Umno tapi nak bantu. Ada orang nak masuk Umno tapi tak bantu. Tapi bagi saya membantu adalah dia rasa kita boleh terima dan dia boleh ikut institusi parti, saya rasa tak salah untuk kita terima semula,” ujarnya.

Beliau yang juga ADUN Merlimau mengingatkan jasa dan bakti yang pernah ditabur Khairy dan Tajuddin kepada Umno.

“Kita tak boleh nafikan mereka ini (KJ dan Tajuddin) punyai jasa yang perlu kita hargai.

“Dr Mahathir contohnya, pernah keluar Umno 1969, kembali 1972 kemudia jadi Presiden paling lama yang pernah berkhidmat dalam Umno.

“Tidak bermakna keluar parti itu tak sayang Umno. Tapi kalau sayang dan ikhlas sayang Umno datanglah membantu, Pemuda membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka membantu dan memperkuatkan Umno,” katanya.

Semalam, Khairy dan Tajuddin memuji keberanian Dr Akmal yang menuntut DAP memohon maaf kepada Umno.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat