Kerajaan Cari Formula Tangani Isu Keciciran Pendidikan Masyarakat Orang Asli – PM

- Advertisement -

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pendidikan masyarakat Orang Asli merupakan antara fokus utama kerajaan dengan tumpuan diberikan dalam mencari penyelesaian masalah keciciran murid daripada masyarakat itu di peringkat sekolah menengah.

Menyifatkan pendidikan sebagai “laluan” kepada mereka untuk mengubah nasib keluarga, beliau berkata kerajaan setakat ini telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi memudahkan lagi akses pendidikan kepada anak-anak Orang Asli bermula dari tahap rendah sehingga ke peringkat tertinggi.

Ini katanya termasuk mewujudkan tadika di perkampungan Orang Asli dan sekolah rendah berdekatan penempatan mereka sehinggakan isu keciciran sekolah rendah hampir tiada.

“Masuk ke sekolah menengah, ini masalah besar, sebab tidak ada sekolah menengah boleh dibina di perkampungan Orang Asli kerana penduduk tak ramai. Bagaimanapun kita hantar mereka ke sekolah menengah yang disediakan asrama.

Kerajaan sedang cari formula untuk mengatasi masalah ini kerana yang pasti kerajaan tidak mahu anak-anak siapa pun tidak kira Orang Asli mahupun etnik lain ketinggalan dari segi pendidikan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) di sini, hari ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat