Buat apa nak ungkit kisah silam Fify Azmi?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Nafiez Zaidi beranggapan tuduhan yang dilemparkan terhadap teman wanitanya yang juga pelakon, Fify Azmi tidak berakal dan dia tidak pernah berhadapan sebarang masalah dengan pelakon wanita itu.

Nafiez berkata, individu terbabit seharusnya tidak mengungkit kisah silam mana-mana pihak dan tidak seharusnya membuka aib sesiapa.

“Biarpun status yang dimuat naik tidak menyebut sebarang nama, namun ramai yang menghantarnya kepada saya. Sepanjang saya dengan Fify, dia tak pernah berdepan dengan masalah dari segi kerja atau peribadi.

“Bagi saya, individu itu tidak sepatutnya ungkit pun kisah silam Fify. Apa yang dia buat itu tidak masuk akak. Nak ugut buka aib secara peribadi pula.

“Mungkin dia fikir dengan ugutan itu akan buat Fify takut dan tarik laporan polis. Namun, Fify tak gentar dengan ugutan dia. Saya juga berpesan kepada Fify supaya jangan mengendahkan individu itu. Biarkan saja dia ‘meroyan’ seorang diri,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon itu mengulas mengenai status yang dimuat naik bekas pembantu peribadi Fify yang dikenali sebagai Nora semalam.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun status berbaur ugutan itu menjurus ke arah Fify.

Antara status yang dimuat naik Nora sebelum dipadam mendakwa individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan dadah untuk berlakon.

Terdahulu, Fify mendedahkan mengalami kerugian sebanyak RM15,000 selepas didakwa dilarikan pembantu peribadinya itu.

Pelakon berusia 32 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, Selangor pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, Nora menafikan dia mengambil wang berkenaan sebaliknya berlaku salah faham terhadap isu pembayaran dari produksi.

Nora tidak menafikan kecuaian itu datang daripadanya kerana tidak menyedari syarikat produksi Skop Production sebenarnya sudah memasukkan bayaran itu ke dalam akaun bank miliknya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat