25 pelajar POLIMAS timba ilmu keusahawanan di SAUKASS

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PENGKALAN CHEPA – Politeknik Sutan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra telah memberikan pendedahan ilmu keusahawanan kepada 25 orang pelajarnya melalui lawatan ilmiah ke SAUKASS International Sdn. Bhd. dekat sini baru-baru ini.

POLIMAS dalam kenyataannya berkata lawatan ini dikendalikan oleh Unit Pembangunan Keusahawanan POLIMAS, untuk pelajar Diploma semasa dari pelbagai bidang pengajian.

Mereka telah dibawa melihat sendiri bagaimana pemilik SAUKASS International Sdn. Bhd, Mohammad Ikmal Aliff Md Mustafa seorang Alumni POLIMAS boleh berjaya dengan cemerlang dalam bidang keusahawanan.

Mohammad Ikmal Aliff berasal dari Felda Lawin Selatan, Lenggong, Perak merupakan Johan Anugerah Usahawan Felda Luar Rancangan sempena Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2024.

“Lebih membanggakan beliau merupakan lulusan bidang Diploma Kejuruteraan Awam POLIMAS pada 2012 yang telah menubuhkan SAUKASS sejak sepuluh tahun lalu.

“Beliau telah berjaya sebagai usahawan Bumiputera yang menghasilkan rekaan kasut dan kreatif bersesuaian dengan cita rasa anak muda pada masa ini,”kata kenyataan itu.

Pengarah program lawatan, Dr. Nor Aziza Abdul Aziz berkata, lawatan ini diadakan sebagai memenuhi kursus keusahawanan, wajib dipelajari dan ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang keusahawanan.

“Pelajar dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana keusahawanan merupakan salah satu peluang untuk mereka berjaya dalam perniagaan dan boleh memperolehi pendapatan yang lumayan berbanding bekerja dengan syarikat dan kerajaan,”katanya.

Ketua Unit Pembangunan Keusahawanan POLIMAS, Dr. Dzulkarnain Musa berkata program ini bertujuan memberi pengetahuan asas keusahawanan kepada pelajar sekaligus meningkatkan kemahiran keusahawanan dan bertanya sendiri dengan pemilik syarikat.

“Di samping itu, mereka didedahkan kepada kaedah keusahawanan yang digunapakai oleh pengusaha untuk menarik pelanggan membeli produk mereka,”katanya.

“Lawatan ini sengaja diadakan untuk membentuk jati diri minat pelajar kepada keusahawanan yang boleh mereka berjaya dengan lebih cemerlang disamping membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,”katanya lagi.

Bagi pelajar Nurul Asyiqin Nor Hisham berasa teruja mengikuti program ini kerana dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas bagaimana sesebuah syarikat itu beroperasi dan menarik perhatian pelanggan untuk mendapat keuntungan.

“Paling menarik dapat berkomunikasi secara bersemuka dengan pemilik syarikat dan dapat bertanyakan soalan tentang perniagaan yang dijalankan dan pada masa yang sama juga telah menarik minat saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak, ”kata Nurul Asyiqin.

Manakala rakannya, Muhammad Aiman Haikal Muhamad berkata, lawatan ini sangat menarik kerana pelajar boleh memahami dan menghayati sendiri hasil dari penceritaan pengalaman seorang usahawan.

“Selain itu, bagaimana pelajar boleh menjadi seorang usahawan yang cemerlang dan berjaya dengan menghasilkan pendapatan lumayan serta menarik minat kami sebagai pelajar menjadi usahawan, ”katanya lagi.

Bagi pemilik SAUKASS, Mohammad Ikmal Aliff begitu teruja kerana syarikatnya telah dipilih sebagai tempat untuk lawatan ilmiah keusahawanan pelajar POLIMAS.

Menurutnya, lawatan seperti ini dapat mendekatkan lagi pihak industri dengan Politeknik.

“Di samping itu, pihak Politeknik boleh memahami kehendak industri dalam menghasilkan dan mengeluarkan tenaga kerja selaras dengan kehendak industri, ”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat