Kerjasama UMNO, PAS biar parti buat keputusan, bukan individu- Mahdzir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung kerjasama antara UMNO dan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dibincangkan pada peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata perkara itu perlu diperincikan dengan teliti pada peringkat parti dan tidak boleh bergantung kepada keputusan individu.

“Apa pun keputusan itu akan datang daripada keputusan parti, bukan keputusan individu. Biar parti buat keputusan, itu yang menjadi keutamaan iaitu keputusan daripada parti.

“Jadi, sehingga keputusan parti berkaitan kerjasama itu dibuat… baru kita tahu. Saya fikir apa yang nak disebut nanti adalah atas keputusan parti, penyelesaian terakhir di peringkat parti,” katanya pada Majlis Penyerahan Hak Milik Penempatan Desa KEDA di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, pada Selasa.

Memetik BH, beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang seolah-olah memberi bayangan tiada lagi sebarang kerjasama antara parti itu dan PAS pada PRU-15.

Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan PAS sebagai parti talam dua muka, sekali gus menyukarkan kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) dalam PRU-15.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penyatuan ummah menerusi MN itu adalah formula terbaik bagi PAS dan UMNO untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, sehingga kini hubungan PAS dan UMNO tertakluk pada kepimpinan dalam kerajaan demi kesejahteraan rakyat negara ini.

“Secara peribadi jika hubungan atas nama kerajaan masih lagi ada. Soal parti, parti kena buat keputusan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat