Tak Perlu Berziarah Raya Ini, Kes Covid-19 Sangat Membimbangkan – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua pihak agar mengambil iktibar penularan satu kes Covid-19 yang melibatkan seorang individu sehingga menyebabkan 2,000 jangkitan dan 20 kematian di sebuah negeri pada baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak kemungkinan Malaysia akan senasib dengan India dan Brazil yang menyaksikan ratusan ribu penduduk dijangkiti virus sehingga menyebabkan pihak berkuasa kedua-dua negara itu tidak mampu mengawal pertambahan jumlah pesakit dan memberikan rawatan.

Menurut beliau, peningkatan jangkitan Covid-19 di negara ini sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada sikap rakyat yang tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang bukan sahaja di bazar Ramadan malah ketika menunaikan solat Jumaat di masjid.

“Walaupun kita sembahyang Jumaat kita duduk dengan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka, tetapi sebelum dan selepas supaya tiada jarak ketika berjalan. Oleh itu, saya tidak pergi solat Jumaat sebab ramai mendekati saya dan bertanya khabar. Terima kasih kerana ambil berat tetapi hakikatnya mereka berdekatan dengan saya.

“Begitu dengan bazar, kalau pergi akan orang dekati saya dan bergambar. Jadi bila kita adakan bazar Ramadan, didapati jumlah meningkat sebab ini kerana masing-masing tidak jauh antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan khas Covid-19 yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.

Oleh demikian, Ahli Parlimen Langkawi itu menggesa semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan pandangan politik untuk mengambil serius terhadap situasi berlaku pada hari ini dan meminta mereka agar duduk di rumah termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah bersempena Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini.

Beliau menyeru semua untuk mematuhi SOP ditetapkan kerajaan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan duduk di rumah seperti mana pernah dilakukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal Mac sehingga berjaya mengurangkan kes kepada dua digit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat