Olimpik Tokyo: 264 Atlet, Pegawai Terima Vaksin 13 April

- Advertisement -

SUBANG JAYA: Atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo akan menerima suntikan vaksin COVID-19 seawal 13 April ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut

“Saya akan divaksin bersama-sama atlet pada 13 April.

“Sejumlah 264 pegawai dan atlet yang terdiri daripada mereka yang akan ke Olimpik pada Julai ini.

“Untuk fasa berikutnya, ia akan diberikan keutamaan kepada mereka yang terlibat dalam sukan yang sedang berlangsung seperti MFL (Liga Bola Sepak Malaysia), MHL (Liga Hoki Malaysia) dan mereka yang menyertai kejohanan utama di dunia selain Olimpik dalam tempoh 5 atau 6 bulan,” katanya.

Reezal Merican berkata demikian apabila ditemui pemberita sesudah selesai sesi penggambaran drama ‘Ratu Ten Pin’ di Sunway Pyramid pada Jumaat.

Beliau dijemput menjadi watak ‘cameo’ dalam drama arahan Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang juga dibintangi bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah.

Mengulas lanjut, Reezal berkata atlet juga boleh menerima suntikan vaksin daripada luar negara seperti pelumba negara, Hafizh Syahrin yang menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dari Qatar.

“Apa-apa pun saya berharap pada tempoh yang penting ini, semua atlet menjalankan proses imunisasi yang boleh membolehkan mereka gerak ke luar negara dengan lebih bebas,” katanya.

Untuk rekod, 264 individu ini merupakan kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat