PTD terima anugerah lencana King Rama The VI

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat (PTD) , Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menerima anugerah Lencana King Rama The VI daripada 4th Army Area Royal Thai Army (RTA) Commanding General, Lieutenant General Shanti Shakuntanak di Pejabat PTD, Wisma Pertahanan pada Jumaat.

Menurut kenyataan Markas Tentera Darat Malaysia, turut menerima anugerah sama ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Dalam pada itu, penganugerahan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) turut diberikan kepada Lieutenant General Shanti Shakuntanak dan enam lagi pegawai dari RTA.

“Penganugerahan ini merupakan tanda penghargaan antara RTA bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan diplomasi pertahanan serta meningkatkan kerjasama ketenteraan yang telah terjalin sejak sekian lama, ”katanya.

Katanya lagi, ia sejajar dengan teras kelima perintah ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan.

Hadir sama Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal dan Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan (OPLAT), Mejar Jeneral Dato’ Hj. Semaon Marjuki. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat