JERTIH: Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera di Jertih sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, petang semalam.
Gajah yang tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut telah memasuki beberapa buah kampung sehingga lebih 30km.
“Gajah yang dianggarkan berusia 20 hingga 25 tahun dan masih mempunyai gading itu berada dalam keadaan sihat dan dijangka akan dipindahkan ke Taman Negara, Hulu Terengganu, Ahad ini,” kata Perhilitan, memetik laporan BERNAMA.
“Seekor gajah yang tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut telah memasuki beberapa buah kampung sehingga lebih 30km dari tempat ia mula dilihat iaitu di Kampung Berangan, Hulu Besut, minggu lepas,” kata laporan itu.