TMJ Keluarkan Cek Taja Kos Naik Taraf Rumput Stadium Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampak bersungguh-sungguh untuk membantu menaik taraf Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila sudah menandatangani cek bagi menukar rumput di ‘kandang’ Harimau Malaya itu.

Urusan menandatangani cek dilakukan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya beberapa jam selepas mengumumkan akan menaja kos penanaman rumput baharu di stadium berkenaan, hari ini.

“Tunku Ismail sudah menandatangani cek untuk padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil,” jelas satu kenyataan di Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

“Pemeriksaan di Stadium Nasional akan dilakukan pada 19 Mac 2022 sebelum meneruskan persiapan terakhir dengan Perbadanan Stadium Malaysia.

“Syarikat padang dan krew penyelenggaraan padang Stadium Sultan Ibrahim sudah bersedia untuk memulakan kerja.”

Walaupun tidak menyatakan berapa kos sebenar, TMJ sebelum ini dilaporkan berkata beliau membelanjakan kira-kira RM1.4 juta untuk padang di Stadium Sultan Ibrahim. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat