Hujan Sangat Lebat Punca Lebuhraya Dinaiki Air – Kesas

- Advertisement -

KUALALUMPUR – Pengurusan Lebuhraya Shah Alam (Kesas) hari ini, tampil memberi penjelasan berhubung kejadian banjir kilat di Plaza Tol Awan Besar hingga terpaksa menggunakan kutipan manual secara sementara, kelmarin.

Ketua Pegawai Operasi Kesas Mohammed Shah Samin berkata, hujan lebat yang berlarutan pada 7 Mac lalu menyebabkan beberapa lokasi di Kesas mengalami banjir kilat.

“Taburan hujan di luar jangkaan itu mencatatkan rekod melebihi 80 milimeter (mm) dan dikategorikan ‘sangat lebat’ di bawah skala intensiti hujan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, peningkatan paras air di Sungai Kuyoh yang jajaran bersebelahan Kesas merentasi antara Kinrara dan persimpangan Sukom menyebabkan berlakunya limpahan air ke sistem saliran Kesas dan menenggelamkan beberapa lokasi sepanjang lebuh raya terbabit.

“Ketika kejadian banjir kilat, Kesas mengambil tindakan segera dengan membuka median tengah lebuh raya di Kilometer 47.8 bagi membolehkan pengguna Kesas membuat pusingan U kecemasan.

“Peronda Kesas diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu pengguna Kesas dan mengalihkan trafik, hebahan informasi secara berterusan mengenai kejadian banjir kilat dimaklumkan kepada orang ramai melalui rangkaian media sosial, radio, info trafik dan sistem paparan mesej,” katanya.

Menurutnya, bagi melancarkan kesesakan trafik di plaza tol, Kesas menggunakan peralatan elektronik mudah alih (handheld devices) untuk kutipan tol bagi memastikan pengurusan transaksi berjalan lancar mulai 6.30 petang hingga 9.45 malam di Plaza Tol Awan Besar (Timur).

“Sistem kutipan tol kembali berfungsi seperti sedia kala selepas air banjir surut.

“Kesas sudah dan akan terus bekerjasama dengan JPS berhubung pelaksanaan Rancang Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kuyoh dan pihak berkuasa, berkepentingan dalam tindakan serta pelan mitigasi untuk menambah baik kolam tadahan Kolam Bohol (bersebelah lebuh raya) sebagai penyelesaian jangka panjang,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat