YBR Peruntukan RM50,000 Bantu Sekolah Sekitar Melaka

- Advertisement -

Melaka: Yayasan Bank Rakyat menyediakan RM50,000 kepada sekolah rendah dan menengah di sekitar Kota Melaka bagi menerima bantuan persekolahan sempena dengan Program Kembali ke Sekolah Yayasan Bank Rakyat(YBR).

Prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh pelajar sekolah rendah dan menengah yang bakal memulakan persekolahan pada 1hb Mac 2021, satu sesi penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

“Bantuan yang diberikan ini diharap dapat membantu mengurangkan beban keluarga yang tidak berkemampuan untuk menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin juga berkata, perlaksanaan Program Kembali ke Sekolah ini yang dijalankan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Rekreasi Komuniti Kota Melaka serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ini, telah memberi manfaat kepada 500 pelajar.

Tambah beliau lagi, bantuan persekolahan ini berupa wang tunai bernilai RM100 disumbangkan kepada setiap pelajar bagi membolehkan mereka membuat pembelian barang-barang persekolahan seperti set baju, kasut dan beg.

Turut hadir di majlis penyerahan ini adalah Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi Komuniti Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Hj Abdul Rahman, Ketua Bahagian Operasi YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Perhubungan Komuniti & Penjenamaan Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Program bantuan persekolahan anjuran YBR ini akan diagihkan ke 139 lokasi lain yang telah dikenalpasti dan ini membuktikan YBR amat komited dalam memartabatkan pendidikan untuk rakyat Malaysia.

Sehingga 2020, seramai 33,721 murid telah menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM3.87 juta.

Melalui bantuan yang disalurkan ini diharap dapat membantu ibu bapa mengharungi saat-saat sukar ditambah pula dengan negara menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat