Lengkap Teknologi Baru Dan Canggih, Harga Honda City RS e:HEV Bermula RM106,000

Honda Malaysia membuka tempahan untuk model Honda City RS 2020 sekitar bulan Ogos tahun lalu. Diikuti pula dengan pelancaran rasmi pasaran tempatan pada bulan Oktober 2020. Untuk makluman semua, ini adalah debut global model hibrid dan Malaysia merupakan pasaran pertama dunia yang menerimanya.

Hari ini, Honda Malaysia telah umumkan harga rasmi untuk varian terbaru Honda City RS e:HEV. Kalau ikutkan jangkaan awal, Honda Malaysia akan umumkan harga pada Januari 2021 lalu, tetapi ditunda akibat PKP 2.0 yang telah berkuatkuasa semula.

Kini anda boleh miliki Honda City RS e:HEV pada harga RM105,950.45 termasuk pengecualian cukai SST hingga 30 Jun 2021.

vocket-honda-city-rs-3

SUMBER GAMBAR: NEXTRIFT.COM

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menempah varian ini dan bersabar sehingga harganya diumumkan. Honda City serba baharu menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan dengan lebih 20,000 tempahan sehingga kini.

“Kami sudah berjaya menyerahkan lebih 13,100 unit kepada pelanggan sejak ia dilancarkan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

vocket-honda-connect-1

SUMBER GAMBAR: PAULTAN.ORG

Model sedan baru ini merupakan kereta yang paling tercanggih yang Honda Malaysia pernah tawarkan kerana ia merupakan model pertama yang lengkap dengan dua teknologi kebanggaan Honda iaitu Honda Sensing dan Honda Connect.

Honda Connect merupakan sebuah teknologi telematik yang boleh diakses oleh pemilik kereta melalui aplikasi telefon pintar. Teknologi ini membolehkan pemilik kereta sentiasa terhubung 24 jam untuk memastikan keselamatan dan kemudahan mengendalikan kereta. Kami akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang.

vocket-honda-city-rs-4

SUMBER GAMBAR: HONDA MALAYSIA

Manakala dengan adanya ciri keselamatan dari Honda Sensing pula, pemilik kereta Honda City baru ini dapat memandu dengan lebih mudah dan keselamatan lebih terjamin.

Antara fungsi-fungsi yang ada ialah Lane Keep Assist System (LKAS), Lane Departure Warning (LDW), Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (CMBS) dan AutoHigh Beam (AHB).

vocket-honda-city-rs-2

SUMBER GAMBAR: PISTON.MY

Honda juga menyediakan fungsi ‘Remote Engine Start’ yang pertama kali ditawarkan bagi segmen ini. Kini pemilik kereta boleh menghidupkan enjin dari jauh dan membuka penyaman udara sebelum masuk ke dalam kereta.

Kereta Honda City RS e:HEV baru hadir dengan tiga pilihan warna menarik; Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl. Anda sudah boleh menempah kereta ini di laman web prebook.honda.com.my atau kunjungi bilik pameran Honda yang berdekatan dengan anda.

 

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

‘Ada yang menangis tiada duit beli makanan’

KUALA LUMPUR: Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan ketidaktentuan bila penularan COVID-19 pulih, penggiat muzik seperti penyanyi, pemuzik dan pengkarya yang mencari...

Video Tiktok pertama Avril Lavigne dapat reaksi luar biasa

Los Angeles: Penyanyi Avril Lavigne, 36, membuka akaun TikTok rasminya dan menerima reaksi luar biasa daripada peminat seluruh dunia menerusi video pertamanya. Video terbabit menampilkan...

Acong tak malu berniaga manisan

KUALA LUMPUR: Enggan berpeluk tubuh ketika sedang bergelut meneruskan survival, artis serba boleh, Acong Sweetchild mencari pendapatan lain dengan berniaga manisan. Vokalis kumpulan Sweetchild itu...