‘Lagi malu kalau tak buat apa-apa’ – Farhan Asri

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Farhan Asri yang kini berniaga Roti Telur Kentang (RTK) di kawasan kediamannya di Seremban 2, Negeri Sembilan enggan mengambil pusing mengenai segelintir pihak yang mengejek dan memperli ekoran dia menjalankan perniagaan itu.

Farhan berkata, dia lagi malu sekiranya tidak berbuat apa-apa untuk kelangsungan hidupnya.

“Biarlah apa orang nak cakap, asalkan saya boleh jana pendapatan untuk bantu keluarga dan diri. Alhamdulillah hampir sebulan beroperasi saya menerima sambutan yang baik daripada pengunjung di sekitar Seremban 2.

“Mereka begitu menyokong perniagaan saya bersama rakan-rakan lain yang turut sama berniaga di bawah jenama The Jantanz. Saya tak ambil hati pun setiap komen negatif yang diberikan di media sosial, malah saya mendoakan supaya mereka dimurahkan rezeki,” katanya.

Menurut Farhan, dia bersyukur apabila kerajaan mengizinkan penggambaran drama kembali dijalankan.

“Sepanjang PKP tempoh hari saya sangat runsing sebab penggambaran drama tertangguh selain terpaksa tolak beberapa tawaran kerana jadual kerja yang bertindih.

“Saya buntu kalau PKP berpanjangan. Bagaimana dengan nasib hidup saya selepas ini kerana saya cari makan dengan kerjaya lakonan. Disebabkan itu, saya terdetik untuk berniaga. Alhamdulillah sekarang penggambaran dapat dijalankan semula dan saya kini sudah kembali menjalani penggambaran drama bersiri Cukup Derita Itu,” katanya.

Farhan berkata, walaupun sibuk dengan perniagaan itu, dia masih perlu bergantung hidup dengan kerja lakonan.

“Kalau harapkan perniagaan yang baru bermula ini berapa saja saya dapat setiap bulan. Saya harap drama ini dapat mengangkat nama saya dalam industri seni. Lagipun saya terpaksa tolak beberapa tawaran drama disebabkan mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap watak dalam drama ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat