Amyza Aznan dan Adrian trending di YouTube

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Persembahan pelakon, Amyza Aznan, 45, bersama anaknya, Adrian Adam, 13, menerusi lagu Ku Bersuara pada program Famili Duo, Ahad lalu ‘trending’ di kedudukan keempat di YouTube.

Malah, video persembahan itu turut mendapat perhatian beberapa sensasi YouTube dalam dan luar negara yang membuat video reaksi.

Pada episod keempat untuk kategori ibu bapa dan anak itu, Amyza dan Adrian berjaya menjadi pemenang mingguan dan memenangi RM10,000.

Amyza berkata, dia menganggap kejayaan dan pujian diberikan terhadap anaknya yang mampu menggunakan teknik vokal ‘whistling’ dengan baik sebagai rezeki.

“Sejujurnya saya dengan rendah hati malu untuk muat naik, tetapi apabila saya fikir semula, apa salahnya meraikan Ian (Adrian). Saya hargai pengorbanan dia. Atas sokongan dan doa semua, video Ian ‘trending’. “Apa ujian yang kami sekeluarga lalui sebelum ini dan dengan apa yang Allah berikan pada saat ini atas setiap kesabaran dan reda membuatkan saya sangat bersyukur. Ya, saya menangis untuk Ian dan anak lain. Ingat, ikut resmi padi dan ingat tak hidup dek puji dan tak mati dek keji,” katanya.

Amyza turut berkongsi khabar gembira apabila anaknya mendapat tawaran merakamkan lagu daripada beberapa pihak.

“Sekali lagi saya tidak menjangka akan datang tawaran sebegini buat Ian. Saya anggap ini adalah rezeki untuk dia. Walaupun sebelum ini dia seperti hilang semangat, tawaran sebegini daripada pihak yang memang diakui kredibiliti mereka sedikit sebanyak mengembalikan semangat itu.

“Sebagai ibu, tentu saja saya gembira. Saya berharap ini menjadi langkah awal untuknya mengembangkan lagi bakat yang ada. Saya dan suami sentiasa menyokong apa yang dia minat,” katanya.

Selain Amyza dan Adrian, peserta lain yang bertanding adalah Amelina dan Puteri; Liza Abdullah dan Naffiz Zolkefli; Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi; dan Shajiry dan Hafiz.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat