KASA Berjaya Struktur Air Tiga Negeri, Hapus Hutang Luar Bandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berjaya struktur semula perkhidmatan air tiga negeri iaitu Pahang, Kedah dan Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berkat rundingan kerjasama dan hub baik antara pelbagai pihak, perjanjian telah dimeterai dan kerajaan setuju hapus kira hutang bekalan air luar bandar bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

“Alhamdulillah, dalam tempoh setahun penubuhan KASA, kita berjaya menstruktur semula perkhidmatan air melibatkan tiga buah negeri iaitu Pahang, Kedah dan Perlis.

“ Berkat rundingan, kerjasama dan hubungan baik antara pelbagai pihak, perjanjian telah dimeterai dan Kerajaan bersetuju untuk hapus kira hutang bekalan air luar bandar bagi ketiga-tiga negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, hapus kira hutang bekalan air luar bandar Pahang melibatkan RM1 bilion, Perlis RM 185 juta manakala Kedah RM699 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat