Bukan “Kluster Mahkamah” Tapi “Kluster Tolak Jawatan Kerajaan” – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “memperbetul” jenama kluster mahkamah kepada kluster tolak jawatan kerajaan.

Katanya, “kluster mahkamah” ini kurang tepat dan hanya propaganda sebelah sana.

“Patut dijenamakan semula kepada “kluster tolak jawatan kerajaan”.

“Sebab yang turut menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 termasuk rakan-rakan yang tiada kes mahkamah seperti penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (tolak jawatan penasihat PETRONAS), Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (tolak jawatan pengerusi TNB) dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi (tolak jawatan pengerusi MAHB),” jelas Najib.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, propaganda memainkan sentimen supaya ‘Kluster Mahkamah’ berundur konon demi selamatkan UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,454FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat