4.68 Juta Rakyat Malaysia Sudah Mendaftar Di MySejahtera

CYBERJAYA: Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba memaklumkan seramai 4,680,645 rakyat Malaysia sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Jelasnya, angka tersebut di perolehi sehingga 10 Mac 2021.

“Alhamdulillah, sehingga 10 Mac 2021 sejumlah 4,680,645 orang rakyat Malaysia sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi di MySejahtera,” katanya.

Ujarnya, hari ini sudah 16 hari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, PICK dilaksanakan di negara kita sejak YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima pertama vaksin COVID-19 bersama beberapa orang petugas barisan hadapan KKM di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya pada 24 Februari 2021.

“Negeri yang paling tinggi mendaftar adalah Selangor dengan sejumlah 1.5 juta pendaftaran diikuti Kuala Lumpur dengan sejumlah 372,974 pendaftaran dan negeri Kedah di tempat ketiga dengan 267,452 pendaftaran.

“Manakala bagi penerimaan vaksin pula, Sarawak menjadi negeri tertinggi penerima dengan sejumlah 27,500 orang, diikuti oleh Selangor dengan 19,251 dan Kuala Lumpur dengan 16,887 penerima,” katanya lagi. -SuaraTV

 

 

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...