INSKEN latih lebih 20,000 usahawan, jana RM22.4 juta hasil jualan sepanjang 2025

KUALA LUMPUR,— Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) merekodkan pencapaian signifikan sepanjang 2025 apabila berjaya melatih dan membimbing 20,196 usahawan menerusi 321 program keusahawanan yang dilaksanakan di seluruh negara.

Sepanjang tempoh tersebut, program-program INSKEN turut menyumbang kepada penjanaan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta serta mewujudkan 710 peluang pekerjaan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Viviantie Sarjuni berkata pencapaian ini membuktikan keberkesanan pendekatan INSKEN sebagai pemudah cara dan penghubung antara usahawan, industri serta ekosistem sokongan keusahawanan negara.

Menurut beliau, fokus tahun 2026 adalah untuk memperkasa penskalaan usahawan mikro kepada kategori kecil yang lebih mampan, di samping memastikan penciptaan peluang pekerjaan baharu dengan gaji sekurang-kurangnya pada kadar minimum.

Selain itu, INSKEN turut memberi penekanan kepada pemerkasaan sektor ketiga termasuk keusahawanan sosial dan perusahaan berasaskan komuniti sebagai antara teras pembangunan inklusif.

Bagi memperkukuh agenda tersebut, INSKEN akan memperkenalkan dua program baharu iaitu Bangkit dan INSKEN Masterclass, selain meneruskan pelaksanaan program sedia ada merangkumi bidang Perniagaan Keluarga, Halal, High Growth High Value (HGHV), TVET, Akses Pasaran serta Keusahawanan Sosial.

Pencapaian dan hala tuju strategik ini dikongsikan dalam satu sesi bersama media yang diadakan di Chef Kecik Boulangerie Tuah 1895, Bukit Bintang — sebuah premis milik alumni program INSKEN yang juga penerima Anugerah Usahawan MADANI 2025 bagi kategori Anugerah Harapan.

Pemilihan lokasi tersebut dilihat sebagai simbol kejayaan alumni yang berjaya berkembang hasil bimbingan dan sokongan ekosistem INSKEN.

INSKEN menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama bersama rakan strategik termasuk media bagi memastikan agenda pembangunan keusahawanan negara kekal mampan, berimpak dan inklusif.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat