4 imam di Perak tak baca teks khutbah Jumaat digantung tugas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menggantung sementara tugas empat imam yang dilaporkan tidak membaca teks khutbah Jumaat disediakan pada solat Jumaat, 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd. Razak berkata, tindakan segera menerusi surat yang dikeluarkan 6 Februari lalu itu turut melibatkan sekatan elaun perkhidmatan keempat-empat imam terlibat.

Katanya, setakat ini, pihak­nya menerima empat aduan melibatkan dua imam dari masjid di Teluk Intan dan ma­sing-masing seorang imam dari Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

“Tempoh gantung tugas ini bergantung kepada tarikh Jawatankuasa Tatatertib bersidang, kita jangka dalam masa dua minggu lagi.

“Jadi, kemungkinan awal Ramadan ini mereka akan bersidang bagi memutuskan sama ada imam terbabit akan ditamatkan perkhidmatan atau dikenakan tindakan tatatertib lain,” lapor Utusan di Ipoh.

Kata Zakaria, berdasarkan siasatan awal, antara alasan yang diberi imam terlibat adalah tidak dapat membuka komputer untuk mendapatkan teks khutbah bagi minggu berke­naan.

Beliau memaklumkan, isu itu turut mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat