Malaysia Akan Bantu Rundingan Damai Selatan Thai – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk membantu sedaya mungkin proses rundingan damai konflik selatan Thailand yang berlarutan sejak sekian lama.

Perkara itu disuarakan beliau ketika berucap di hadapan masyarakat Muslim tempatan, sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Yayasan Pusat Islam Thailand, di Bangkok.

Anwar memaklumkan, Malaysia selaku negara jiran dan rakan kepada Thailand, akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang tersangkut, termasuk membabitkan konflik selatan Thailand.

“Insya-Allah, kita akan cuba sedaya upaya meningkatkan hubungan dua hala negara yang berjiran.

“Sebagai negara jiran dan sahabat kepada Thailand, saya datang dengan semangat sedemikian,” lapor BH pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Thailand diterajui Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha yang menjaga komuniti Islam di negara ini dengan baik.

Ketika perjumpaan bersama pemimpin Islam setempat selepas itu, Anwar turut mengulangi kepentingan untuk memastikan aspek keselamatan kerana tanpanya, kejayaan dan kemajuan sukar dicapai.

Katanya, beliau sendiri ada membangkitkan ketika mesyuarat bersama Prayuth, semalam, bahawa tiada alternatif kepada masalah di selatan Thailand selain daripada keamanan.

“Saya meluangkan banyak masa ketika bersama Perdana Menteri Prayuth, cuba memberikan kefahaman kepada mereka dan memastikan ia dapat diselesaikan secara bijak.

“Kita maklumkan untuk tidak lagi ada perbezaan dan wujudkan perpecahan, sebaliknya mencipta kesefahaman.

“Insya-Allah, kita teruskan usaha ini. Kita juga ada organisasi seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan lain-lain lagi yang mana kita semua bekerja bersama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat