Peruntukan RM134.6 juta untuk PMKS 2024

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, SME Corp. Malaysia komited memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan peruntukan berjumlah RM134.6 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pada 2024.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat bersama SME Corp. di sini pada Selasa.

“KUSKOP menerusi SME Corp. akan terus komited dalam usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan negara sejajar dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul dan peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, ”katanya.

“Menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah menetapkan sasaran pertumbuhan PMKS menjelang 2025, seperti sumbangan 41% kepada KDNK, 15% kepada eksport, 3.5% dalam purata pertumbuhan produktiviti buruh dan 90% PMKS mendigitalkan operasi perniagaan mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Rizal Nainy berkata, melalui peruntukan sebanyak RM134.6 juta, agensi ini telah mensasarkan lebih 16,700 PMKS bakal menerima manfaatnya pada tahun 2024.

“Sepanjang tahun 2023, secara keseluruhannya, SME Corp. telah menyalurkan sejumlah RM131.3 juta dana kepada 22,861 PMKS di seluruh negara, termasuk bantuan kewangan bagi Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dan program SMEs Go Global (SMEGG) serta program pembangunan keupayaan dan kapasiti eksport dan padanan perniagaan, ”tambahnya.

“Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang dihentikan sementara sebelum ini, akan ditawarkan kembali kepada PMKS dengan peruntukan berjumlah RM55 juta.

“SME Corp. akan terus melaksanakan Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP), Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Pengukuhan Eksport, Program Peningkatan Industri Strategik dan Syarikat Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) serta Program BizMe bagi pembangunan perusahaan inklusif,”tambahnya lagi.

Pada 2 Mei 1996 dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) kemudiannya dijenamakan semula sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009. Antaranya berperanan sebagai pusat pengumpulan dan rujukan setempat bagi maklumat dan khidmat nasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Pemain industri Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) boleh merujuk di laman sesawang: www.smecorp.gov.my – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat