Lempar bom petrol: Jangan balas dendam cetus huru-hara, ancam keselamatan awam – Saarani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan semua supaya tidak bertindak luar batasan, susulan berita kediaman ahli politik DAP dilempar ‘molotov cocktail’ atau bom petrol.

Beliau berkata, semua orang termasuk dirinya tidak boleh bertindak sedemikian yang mengakibatkan keadaan huru-hara sehingga mengancam keselamatan awam selain berisiko mencetuskan banyak lagi perbuatan balas dendam.

“Saya mengharapkan tidak akan ada apa-apa berlaku masalah ataupun perbuatan khianat yang boleh menyebabkan ada balas dendam. Jadi kalau itu berlaku ia akan menjadikan negeri kita tidak aman.

“Pertama, kita kena sentiasa mengingatkan diri kita jangan melakukan apa-apa perbuatan di luar perikemanusiaan ataupun melanggar undang-undang. Tak kira apa isu ataupun sesiapa jugalah, secara umumnya sesiapa mesti patuh kepada undang-undang.

“Jangan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan ada perbuatan balas dendam. Jadi itu tidak baik untuk negeri kita,” lapor Utusan di Ipoh pada Rabu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 Bersama Penjawat Awam Negeri Perak.

Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan negeri menasihati serta mengharapkan kejadian itu memberi iktibar kepada seluruh rakyat. Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang sedang menjalankan siasatan.

Pada awal pagi tadi pukul 2.50 pagi, rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, dibaling bom petrol dan menyebabkan kebakaran yang memusnahkan satu daripada keretanya.

Akibat kejadian itu, tiga kereta musnah dalam termasuk Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus. Turut terbakar sebahagian ialah kereta Honda CRV, Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat