Pegawai kanan KOSMA salah guna kuasa direman

- Advertisement -

Oleh: Nik Syukri Ramli

KUANTAN – Dua pegawai kanan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) direman enam hari, bermula hari ini di Mahkamah Majistret Kuantan.

Mereka direman bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa meluluskan skim pelaburan saham berjumlah RM229,000.

Keduanya dipercayai melakukan kesalahan itu sejak tahun 2017.

Permohonan reman dikemukakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Muhammad Azrul Izwan Abdul Aziz di hadapan majisteret Fatinah Abu Bakar.

Suspek pertama adalah seorang wanita berusia 40 tahun dan menjawat jawatan sebagai pengurus kewangan KOSMA, manakala suspek kedua pula seorang lelaki berusia 49 tahun dan bertugas sebagai eksekutif kanan koperasi itu.

Mereka ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Pahang.

Siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

tamat

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat