Kargo muatan besi paip hilang 10 hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebuah kapal kargo yang membawa muatan besi paip, MV Dai Cat 06 yang berdaftar di Malaysia dilaporkan hilang dengan lokasi terakhir dikesan di perairan Indonesia pada 1 Januari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat berhubung kejadian dari MRSC Langkawi pada 5.13 petang semalam.

Lapor Astro Awani, maklumat diterima berikutan satu laporan polis yang telah dibuat semalam pada jam 12.11 tengah hari oleh ejen kapal terbabit.

“Ejen mendakwa kapal kargo MV Dai Cat 06 telah keluar dari jeti Kampung Aceh, Perak pada 23 Disember 2022 dan sepatutnya tiba di Kuching pada 31 Disember tahun lalu.

“Lokasi terakhir kapal ini dikesan melalui sistem Automatic Identification System (AIS) adalah pada 1 Januari lalu di perairan Indonesia, 0.2 batu nautika dari sempadan perairan negeri Johor.

“Maklumat terkini yang diperolehi pada 10.42 malam semalam, satu isyarat kecemasan Emergency Position Indicatior Radio Beacon (EPIRB) telah dikesan daripada kapal kargo MV Dai Cat 06 di kedudukan 30 batu nautika barat laut Pemangkat, Indonesia.

“Isyarat kecemasan ini dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) dan Police Operation Command Centre (POCC) Singapura,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia negeri Johor, pada Selasa.

Jelas Nurul Hizam, kapal MV Dai Cat 06 dikendalikan oleh tiga kru warga tempatan dan dua kru warganegara Indonesia.

Kata beliau, anggaran umur kru kapal berkenaan di antara 20 hingga 57 tahun.

“Kita tidak mahu buat andaian kehilangan kapal ini sebelum mendapat maklumat tepat berkenaan kes ini kerana di laut macam-macam boleh terjadi.

“Kapal Kargo ini membawa muatan 527 batang paip RM726,205. Pihak Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Putrajaya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan kapal kargo MV Dai Cat 06.

“Pihak MRSC Johor Bahru turut menghantar NAVTEX bagi memohon bantuan komuniti maritim sekiranya mempunyai maklumat mengenai kehilangan kapal ini. Komuniti maritim dimohon untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9401 sekiranya mempunyai maklumat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat