Penghijrahan tak halang Aliff menyanyi, berlakon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kembali aktif dalam dunia persada seni selepas mendekatkan diri ke jalan agama, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sudah bersedia berdepan sikap iri hati manusia yang tidak senang melihat penghijrahannya.

Reda dengan apa sahaja yang bakal terjadi, Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 30, lebih selesa menyerahkan takdir hidup kepada Yang Maha Esa.

“Dalam perjalanan melakukan transisi ini, saya meletakkan seluruh kebergantungan ini kepada Allah. Doa sering dipanjatkan adalah, jika perkara itu mendatangkan kebaikan, maka dekatkan.

“Jika sebaliknya, maka jauhkan. Saya percaya, setiap apa yang berlaku semuanya adalah atas izin Allah. Dan, jika Allah tak izin, walau apapun yang cuba dilakukan termasuk menjatuhkan diri saya, pasti tidak akan terjadi,” katanya kepada BH Online.

Mengenai reaksi ketika dirinya mahu melakukan penghijrahan, namun, dibukakan jalan kembali ke dunia hiburan, penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Sayang itu melihatnya dari sudut positif.

“Niat saya mencari rezeki demi keluarga. Lagipun, saya masuk pertandingan yang boleh buat orang luar ingat saya seorang penyanyi. Jadi, saya percaya ia juga perkara yang bagus untuk kerjaya.

“Apa yang mampu dilakukan hanyalah dengan memanjatkan doa baik-baik supaya sentiasa dilindungi. Minta dijauhkan daripada perkara membuatkan saya keluar dari landasan ketika mencari rezeki buat keluarga,” luah peserta program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan ini.

 

Aliff harus bekerja mencari rezeki buat keluarganya, biarpun aktif dalam kegiatan agama. - Foto IG Aliff Aziz
Aliff harus bekerja mencari rezeki buat keluarganya, biarpun aktif dalam kegiatan agama. – Foto IG Aliff Aziz

 

Pernah bergelut dengan kisah silam yang menyakitkan, Aliff mengakui, kehidupannya kini lebih tenang selepas mula mendekatkan diri kepada agama.

“Dahulu, saya mencari ketenangan dengan cara salah dan bergaul dengan orang yang salah. Tetapi, saya tidak salahkan mereka kerana apa yang berlaku atas pilihan saya sendiri.

“Doa saya semoga Allah kekalkan perjalanan saya dalam mencari keredaan-Nya serta mengurniakan kesihatan baik kepada keluarga saya.

“Saya juga mengharapkan semoga kekal istiqamah dalam mentaati segala perintah Allah dan tidak lalai dengan nikmat yang diberikan ” pintanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat