Naufal Samudra ‘terlepas’ dari dikait miliki dadah

- Advertisement -

Jakarta: Pelakon Naufal Samudra, 23, yang ditangkap polis Indonesia akibat kesalahan dadah baru-baru ini, dibebaskan selepas dua hari ditahan kerana tiada bukti kukuh.

Polis yang menjalankan siasatan tidak menjumpai bukti kukuh yang boleh mengaitkan Naufal dengan penyalahgunaan dadah. Bahkan, ujian air kencing dijalankan ke atasnya juga, menunjukkan negatif.

Terdahulu, Naufal pernah dikaitkan dengan masalah dadah pada 2020 lalu. Namun, dia mengakui dirinya kini bersih daripada bahan terlarang itu dan menasihatkan anak muda agar menjauhi dadah.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Polis Daerah Metro Jaya (Indonesia) kerana sudah ingatkan saya mengenai bahaya dadah.

“Sekarang saya sudah bersih. Untuk generasi muda, mohon jadikan ini sebagai contoh dan pengajaran. Jangan cuba-cuba sentuh dadah,” katanya.

Baru-baru ini, pelakon filem Mermaid In Love itu difahamkan ditangkap oleh polis di rumah ibu bapaya di daerah Jakarta Selatan pada 7 Januari lalu. Ia berikutan, pihak polis mendapat maklumat terdapat pesanan membeli dadah membabitkan Naufal.

Berdasarkan rekod tahanannya sebelum ini, Naufal pernah ditangkap atas kesalahan sama iaitu memiliki dadah.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat