YBR Sumbang RM150 Ribu Untuk Bantu Pelajar Sekolah

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS...

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...

Kuala Lumpur – Prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh pelajar Yayasan Bank Rakyat (YBR) melalui Program Kembali ke Sekolah memperuntukkan RM150,000 kepada 1,000 murid.

Program untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Titiwangsa, Kampung Baru, Keramat dan Ampang itu disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

“Bantuan yang diberikan ini juga membuktikan keprihatinan badan bukan berkeuntungan dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara.

“Ia disalurkan kepada golongan B40 dan mereka yang kurang berkemampuan agar dapat meringa kan beban mereka,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Nazir juga turut berkata perlaksanaan bantuan ini adalah memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan membuat persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah.

“Diharapkan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga bagi sesi persekolahan yang baru.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil berkata, bantuan persekolahan berupa set baju, kasut dan beg sekolah yang bernilai RM150 disumbangkan kepada setiap murid yang telah dikenalpasti dikalangan keluarga berpendapatan B40.

“Sumbangan yang diterima oleh murid-murid ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan minat mereka untuk hadir ke sekolah serta sebagai pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang,” katanya pula.

 

Tambah beliau lagi, bantuan ini turut diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan murid-murid sentiasa gembira ke sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

Program bantuan persekolahan anjuran YBR ini akan diagihkan ke 143 lokasi lain bagi membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehingga 2020 seramai 33,721 murid telah menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM3.87 juta. -SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Surat Pada Agong Batalkan Darurat

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kesemua Ahli-ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan...

Berita Berkaitan

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...

Joe Biden Angkat Sumpah Presiden Amerika Syarikat Ke-46

WASHINGTON: Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis. Biden mengangkat sumpah jawatan di...