Banjir: TNB Sumbang Bantuan RM250 Ribu Kepada Tabung Mangsa Banjir Di Johor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang bantuan berjumlah RM250,000 kepada mangsa banjir di Johor sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi TNB, bantuan ini adalah untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi TNB, Dato’ Seri  Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Kota Iskandar, Johor Bahru sebentar tadi.

Dalam pada masa yang sama, Mahdzir juga turut menyerahkan wang zakat perniagaan TNB berjumlah RM2.1 juta kepada kerajaan Johor.

Cek diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tuan Haji Tosrin Jarvanthi dan telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Md Rofiki Datuk A. Shamsudin dan Pengurus Besar Negeri Johor, Bahagian Strategi dan Kawal Selia TNB, Mohamed Noh Seth.

Sebelum itu, Dato’ Seri Mahdzir melakukan kunjungan hormat ke atas Hasni dan mengadakan perbincangan tertutup bersama Menteri Besar Johor itu. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat