RM5.3 Juta Diperlukan Baiki Struktur Jalan Akibat Banjir

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS...

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...

GUA MUSANG: Kos kerja pembaikan struktur jalan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, Kelantan yang terjejas akibat tanah runtuh dan banjir lumpur, Ahad lalu dianggarkan dalam lingkungan RM5.3 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata, jumlah itu termasuk kerja pembaikan kritikal dan menyelesaikan masalah laluan yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, kerosakan yang berlaku memerlukan pembaikan menyeluruh, namun bergantung kepada cuaca untuk menyiapkannya.

“Bergantung kepada keadaan cuaca. Keadaan cuaca seperti ini tidak mengizinkan kerja-kerja pembinaan jalan dijalankan.

Ketika ini yang menjadi keutamaan adalah pembinaan laluan sementara bagi membolehkan pengguna jalan raya lalui kawasan terjejas banjir,” katanya.

Tambah Mohamad Zulkefly, setakat ini juga JKR telah menerima sebanyak 267 aduan bencana di enam negeri ketika musim tengkujuh ini.

Katanya, aduan bencana yang menyebabkan kerosakan jalan perhubungan itu ialah di negeri Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi jalan yang rosak akibat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Tanah Tinggi Lojing – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Surat Pada Agong Batalkan Darurat

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kesemua Ahli-ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan...

Berita Berkaitan

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...

Polis Tahan Tiga Anggota Geng Ah Boon

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki anggota ‘Geng Ah Boon’ di Kampung Baru Dengkil dekat sini semalam yang disyaki menyamun seorang warga Bangladesh...