Bapa Terkilan Tidak Tunai Pesanan Akhir Mohammad Hakimin

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi mengalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital...

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS...

KUALA KRAI – “Arwah tidak henti-henti berpesan kepada saya supaya membawa baju Melayu kesayangan, pemberian kakak sulungnya Rabiatul Fitri ke tempat perpindahan,” luah Mohd Rahim Mohd Yusof, 53, bapa allahyarham Mohammad Hakimin yang terkorban ketika membantu mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Mohd Rahim dari Kampung Manjor berkata dia terkilan tidak dapat memenuhi pesanan terakhir arwah Mohammad Hakimin, 20, berikutan keadaan kelam-kabut berdepan banjir.

“Saya tidak mengendahkan pesanan itu memandangkan banjir kali ini bukanlah seteruk 2014, jadi saya beranggapan jika tidak bawa ke tempat pemindahan pun tidak mengapa… namun sampai ke hari ini saya masih teringat pesanan arwah itu dan merasa terkilan kerana tidak memenuhi pesanan terakhirnya,” katanya dalam nada sebak.

Mohd Rahim berkata demikian ketika ditemui di Majlis Misi Bantuan Banjir McDonald’s Malaysia bersama Balai Polis Kuala Krai di Sekolah Kebangsaan Pemberian di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Operasi McDonald’s Malaysia Bahagian Pantai Timur Safna Sepian, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Kamarulzaman Harun dan Ketua Jajahan Kuala Krai Tengku Ab Rahman Tuan Yunus.

Berkongsi mengenai anak keempat daripada enam beradik itu, Mohd Rahim menyifatkan Mohammad Hakimin seorang yang ringan tulang dan sering membantu penduduk kampung bukan sahaja ketika musim banjir.

“Selepas pemergian arwah rata-rata penduduk kampung serta rakan-rakannya tidak henti-henti menziarahi kami sekeluarga selain turut menghargai jasa arwah yang sering membantu bukan sahaja ketika banjir tetapi setiap kali penduduk kampung memerlukan bantuan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohammad Hakimin ditemukan lemas di Kampung Manjor di sini pada Rabu lalu selepas terjatuh dari perahu ketika membawa mangsa banjir ke PPS.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa tiba-tiba pengsan lalu terjatuh ke dalam sungai sewaktu mendayung perahu ketika membawa dua penumpang untuk ke PPS berdekatan.

Mangsa dikatakan terlalu kepenatan dan mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak awal pagi hingga malam.

Pemergian Mohammad Hakimin tular di media sosial dan mendapat perkongsian ramai termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau dan natizen dipuji sebagai ‘wira tidak didendang’ yang membantu penduduk sehingga bergadai nyawa.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Surat Pada Agong Batalkan Darurat

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kesemua Ahli-ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan...

Berita Berkaitan

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...

Polis Tahan Tiga Anggota Geng Ah Boon

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki anggota ‘Geng Ah Boon’ di Kampung Baru Dengkil dekat sini semalam yang disyaki menyamun seorang warga Bangladesh...