Arthur Joseph Kurup Ikrar Galas Tanggungjawab Jayakan Perancangan Kerajaan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup menghargai kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantiknya sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI), hari ini.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat sebagai Timbalan Menteri MOSTI dalam kerajaan Perpaduan,” katanya, menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikan itu.

“Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional kerana memberi saya peluang untuk mewakili BN sebagai Timbalan Menteri dalam kerajaan perpaduan ini.

“Saya akan berkhidmat dengan sedaya upaya untuk mengalas tanggungjawab yang diberikan dalam menjayakan dasar dan perancangan YAB Perdana Menteri dalam kerajaan yang baru ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat