Harapan Achey dikurniakan zuriat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelawak Achey Bocey, 36, mengakui proses persenyawaan in-vitro ataupun In Vitro Fertilisation (IVF) yang dilakukannya bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya atau Anne sejak Ogos lalu banyak cabarannya.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia bersyukur Anne akhirnya menjalani proses penting iaitu memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya, baru-baru ini.

“Mula-mula proses besarkan telur dalam rahim dan telur disenyawakan untuk jadi embrio pada Jumaat minggu lalu. Bila empat ke lima hari, embrio sudah matang, kemudian ia dimasukkan dalam rahim isteri saya.

“Esok saya akan periksa balik dengan doktor bagaimana perkembangan embrio itu. Kita akan dapat tahu selang beberapa minggulah adakah positif ataupun tidak.

“Proses itu memang sangat sulit jugalah kerana perlu tenang dan santai. Walaupun ia sangat-sangat penat, terpaksa tangguh banyak hal untuk fokus apa yang kami impikan selama lebih 12 tahun ini,” katanya.

Achey akui sepanjang proses itu, mereka tetap berusaha sebaiknya demi memastikannya berjalan lancar walaupun ia sangat memenatkan.

“Saya ingat berpuluh kali kami ulang-alik JB (Johor Bahru) dan KL (Kuala Lumpur) untuk buat rawatan susulan, makan ubat dan sebagainya. Memang ada masalah sana-sini juga tapi nak buat macam mana, proses ini kami kena hadapi jugalah.

“Tidak mudah, bukan soal duit tapi soal kekuatan fizikal dan mental. Semoga semua doa-doa yang kami terima diangkat dan memudahkan proses ini,” katanya.

Selain berulang kali berjumpa doktor dan lakukan IVF itu sendiri, mereka suami isteri turut kerap mengkaji serta mendalami proses terbabit.

“Saya dan isteri pun banyak bertanya kepada rakan-rakan yang pernah melakukan IVF. Sekarang isteri saya sedang berehat sepenuhnya dan kena pakai kerusi roda untuk bergerak. Kalau memandu pun, saya bawa kereta perlahan-lahan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat