Setahun siapkan Anima

- Advertisement -

SELEPAS setahun bertungkus-lumus membuat persiapan menyambut kehadiran single terbaharunya, penyanyi muda, Mia Lateefa kini mampu tersenyum atas kelahiran single berjudul Anima.

Sepanjang tempoh itu, penyanyi berusia 19 tahun ini menggilap skil dan kemampuannya sebagai penghibur dan ingin memberikan yang terbaik untuk buah tangan terbaharunya itu.

“Setahun saya ambil masa untuk siapkan karya ini. Salah satu sebab kenapa ia mengambil masa lama adalah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Disebabkan PKP, saya dan pihak pengurusan tidak dapat melancarkan single ini secara besar-besaran. Jadi, kami menantikan waktu sesuai dan kini, Anima dilancarkan secara rasmi,” katanya.

Berkongsi mengenai jalan cerita yang mengisi singlenya itu, Mia berkata, ia berkisar mengenai lelaki yang curang dan kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sahabatnya.

“Ia berdasarkan kisah pengalaman sahabat saya yang berkongsi bagaimana dia berdepan kekasih yang curang. Dari situ, saya mendapat inspirasi dan idea untuk lagu ini.

 

MIA yakin kebanyakan daripada generasi Z suka lagu berentak rancak.
MIA yakin kebanyakan daripada generasi Z suka lagu berentak rancak.

 

“Jalan cerita untuk muzik videonya pula saya dapat daripada mimpi sendiri dan saya suntikkan elemen bagaimana wanita perlu bangkit dan membela nasib sesama wanita,” katanya lagi.

Single ciptaan komposer Kayda Aziz bersama beberapa rakan komposer lain iaitu Aiman Rijal, Christiana Chai dan Alwani Badaruddin ini juga dipertaruhkan untuk menarik minat generasi muda.

“Saya dari generasi Z dan yakin kebanyakan daripada generasi saya sukakan lagu berentak rancak atau ‘dance’. Kebanyakan peminat muzik tanah air juga meminati lagu K-pop dari Korea Selatan.

“Jadi, saya mempertaruhkan karya ini untuk menjadi alternatif buat mereka di samping menambah warna dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Anima turut dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris dan menggunakan judul Anima Bella. Tidak hanya itu, muzik video untuk single ini juga dilancarkan Mia Lateefa dalam tiga bahagian.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat