Bekas KSU, anak Musa Aman dan dua ketua bahagian PGRS antara 10 calon PKR-PH dalam PRN Sabah

KOTA KINABALU, — Pakatan Harapan (PH) Sabah malam ini mengumumkan 10 calon awal yang kesemuanya melibatkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, tokoh muda nasional dan dua ketua bahagian Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) yang menyertai PH.

Datuk Ruji Ubi, bekas KSU KDN, dinamakan sebagai calon di N72 Merotai. Penyertaannya dianggap sebagai langkah utama blok Kerajaan Perpaduan untuk menguasai semula kawasan tersebut.

Turut mencuri tumpuan ialah Datuk Hafeez Yamani Musa di N35 Sindumin. Beliau bekas Ahli Parlimen Sipitang dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, selain merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Dua ketua bahagian PGRS turut diumumkan sebagai calon PH Jamawi Jaafar di N42 Melalap dan Peto Galim di N18 Inanam menunjukkan kerjasama politik yang semakin kukuh antara pemimpin akar umbi di bawah payung Kerajaan Perpaduan negeri.

Pengumuman malam ini tidak melibatkan calon DAP. Difahamkan DAP akan mengumumkan senarai calonnya secara berasingan setelah rundingan kerusi di peringkat pusat dimuktamadkan.

Sementara itu, status calon UPKO masih menjadi tanda tanya. Tindakan Presidennya, Datuk Ewon Benedick, meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 8 November 2025 serta bayangan kemungkinan UPKO keluar daripada PH, menyebabkan parti itu belum menyatakan sebarang calon setakat ini.

Senarai calon PKR yang diumumkan:

  1. Jamawi Jaafar – N42 Melalap
  2. Hafeez Yamani Musa – N35 Sindumin
  3. Rufina Pengeran – N44 Tulid
  4. Peto Galim – N18 Inanam
  5. Thonny Chee – N20 Api-api
  6. Awang Husaini Sahari – N23 Petagas
  7. Abdul Said Pimping – N50 Gum-gum
  8. George Hiew – N54 Karamunting
  9. Romansa Lamin – N61 Segama
  10. Ruji Ubi – N72 Merotai
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat