Ahli UMNO di kawasan MP Bersatu sokong PM jangan rasa selesa – Ahmad Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pemimpin dan akar umbi UMNO yang berada di kawasan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang kini memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak berasa selesa dengan perkembangan tersebut.

Memetik laporan Awani, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka supaya terus bekerja keras agar sokongan kembali kepada parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Tambah beliau lagi, kerusi-kerusi Parlimen berkenaan merupakan kawasan yang dimenangi oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini.

“UMNO Bahagian di kawasan itu harus tidak berasa selesa dengan adanya dukungan Ahli Parlimen yang berkenaan.

“Biarpun mereka (Ahli Parlimen pembangkang) membantu dan menyokong Perdana Menteri tapi UMNO sebagai parti politik harus memperkuatkan pengaruh di akar umbi bagi mengembalikan dukungan pengundi dan rakyat kepada sesiapa saja yang akan dicalonkan mewakili UMNO dan BN (Barisan Nasional) di kawasan itu nanti,” katanya.

Ditanya sama ada UMNO akan menerima Ahli Parlimen Bersatu sekiranya mereka ingin kembali ke pangkuan parti itu, Ahmad Zahid menjelaskan pihaknya belum mengadakan perbincangan.

“Kita belum terfikir perkara itu dan kita akan berbincang dengan pemimpin di bahagian atau kawasan Parlimen itu untuk menentukan haluan baru,” katanya, seperti dilaporkan portal itu.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai dakwaan Ahli Parlimen Arau (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat elemen rasuah sehingga empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, beliau meminta Shahidan membuktikan dakwaan tersebut.

“Saya minta beliau buktikan adanya elemen rasuah,” katanya.

Ahmad Zahid menjelaskan, sokongan telah ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri itu disifatkan sangat positif dan ia perlu dilihat dengan sangkaan baik.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjangkakan lebih ramai lagi Ahli Parlimen pembangkang, khususnya daripada Bersatu akan mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat